Tuesday, July 6, 2010

TIPS SEBELUM ANDA MEMBELI PENYIDAI BAJU MODEN MODEN BOLEH LIPAT

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung dan pembeli.

Berdasarkan kepada pengalaman kami selama hampir 2 tahun menjual produk penyidai kain ini, kami ingin berkongsi TIPS serta ciri-ciri terbaik sesuatu penyidai baju yang kini banyak terdapat di pasaran. Tujuan kami hanyalah untuk memberikan maklumat lengkap yang perlu anda tahu dan nilai bagi sesebuah penyidai baju sebelum membuat keputusan membeli. Antara ciri-ciri yang perlu dinilai ialah:-


1. Material Produk

Terdapat 2 jenis material yang digunakan iaitu aluminium dan stainless steel. Walaupun kedua-duanya adalah tahan karat namun daya tahan material itu berbeza. Aluminium sangat ringan dan selalunya tidak boleh menampung bebanan baju yang berat. Ianya berkecenderungan untuk melendut dan akhir sekali akan patah. Manakala stainless steel lebih berat dan boleh menampung bebanan yang lebih sehingga 60kg. Namun begitu stainless steel pun terdapat beberapa jenis gred. Oleh itu bagi memastikan gred stainlees steel yang terbaik dapatkanlah penyidai baju yang dapat memberikan jaminan selama 2 tahun atau lebih.

2. Tapak Pemegang Bagi Pegun Di Dinding


Untuk mendapatkan penyidai baju yang kukuh dan pegun di dinding, anda perlu memastikan tapak pemegangnya cukup panjang dan lebar. Ciri ini dapat memastikan bebanan yang berat dapat ditampung serta tapak tidak akan tercabut daripada dinding. Ciri ini adalah amat penting kerana melibatkan keselamatan keluarga anda.





3. Ciri-ciri Rod

Sebelum membeli terdapat 2 perkara penting berkenaan rod yang perlu anda teliti.
a. Bilangan Rod - Terdapat 2, 3 dan 4 batang rod yang terdapat di pasaran. Semakin banyak rod yang digunakan semakin banyak kuantiti pakaian yang boleh disidai. Tetapi anda perlu ingat tentang ciri-ciri pertama dan kedua berkenaan bebanan yang boleh ditampung serta kedudukan antara rod akan menjadi semakin rapat dan ini akan melambatkan proses pengeringan. Bagi kami 3 batang rod sudah mamadai dan pilihlah penyidai baju yang mempunyai jarak rod yang lebar antara satu sama lain.

b. Rod Boleh Laras. Terdapat pelbagai saiz rod di pasaran 3kaki dan hinggakan ke 8 kaki. Sepertimana ciri bilangan rod begitu juga dengan ciri saiz rod. Semakin panjang saiz rod semakin banyak pakaian yang boleh di sidai dan ciri-ciri pertama dan kedua juga perlu diambil kira. Namun begitu kebanyakkan rod yang terdapat di pasaran tidak boleh dilaras. Sila rujuk gambar. Rod tersebut terletak di penghujung pemegang tapak. Masalah mungkin tidak berlaku sekiranya rod yang digunakan hanya 2 atau 3 kaki. Tetapi sekiranya bersaiz 4 sehingga 8 kaki, ini akan menjadikan rod melendut di tengah kerana tidak mampu menampung bebanan yang berat. Oleh itu carilah rod yang boleh dilaras dimana tapak pemegang penyidai dapat memegang rod di bahagian dalam sedikit. Ciri ini dapat memastikan penyidai kain anda dapat menampung bebanan semaksimum mungkin.




4. Aksessori
Sebelum membeli pastikan aksesori, perkhidmatan selepas jualan dan jaminan disediakan. Aksesori seperti wall plug dan hook mesti terkandung dalam set penyidai baju.
5. Pemasangan
Walaupun ianya nampak mudah namun memerlukan teknik dan kemahiran bagi memastikan pemasangan yang kemas dan yang paling penting dapat menampung bebanan maksimum. Sebelum memulakan aktiviti menebuk lubang, ukuran antara tapak haruslah tepat. Ukuran diambil daripada lantai bagi memastikan ketinggian antara tapak selari. Hanya hammer drill(impact) mampu menembusi dinding concrete. Sekiranya anda tiada kemahiran menggunakan hammer drill pastikan perkhidmatan pemasangan turut di sediakan.

1 comment: