Monday, January 21, 2013

Inspirasi Sidai-Sidai | Hati Emas


Apa yang paling kita cari dalam hidup ini ialah HATI EMAS… itulah hati yang ikhlas. Hati yang merasakan hidayah Allah itu lebih berharga dari segalanya..Allah yang Maha Adil, Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan ‘hati emas’ – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja.
Soalannya : Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? 

Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalanNya.
Juseru, apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!
Bila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang di julang sudah menjunam ke dalam jurang… tentu sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar “yuran” pada kejayaan. Kita sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.
Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya: Hati emas!  ~ Ustaz Pahrol

Wednesday, January 16, 2013

Inspirasi Sidai-Sidai | Orang Yang Cemerlang Ialah Orang Yang Ceria.


Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria.
Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira.
Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah),
mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas),
semuanya dibuat dengan gembira .”


Kenapa Semua Memilih Sidai-Sidai?


HARGA TERENDAH
STAINLESS STEEL GRED 304
JAMINAN SELAMA 3 TAHUN 
PENGHANTARAN & PEMASANGAN PERCUMA




Tuesday, January 15, 2013

Inspirasi Sidai-Sidai | 3M


Untuk memberi, kita mesti memiliki dan untuk memiliki kita mesti mencari.

Mencari, Memiliki dan Memberi

3M – adalah tiga jalan untuk mendapat kecintaan Allah dengan memberikan   kasih sayang sesama manusia.


Friday, January 4, 2013

Salam Tahun Baru 2013...


Semua sedang membicarakan tetang AZAM tahun 2013... 

Tapi apa itu Azam ya???... Azam ialah DOA....

Apa azam / doa Sidai-Sidai tahun ini?

InsyaAllah Sidai-Sidai akan sampai di tanah yang paling suci di dunia.... Makkah Al Mukarramah

Amin YA RAbb...