Monday, September 3, 2012


Salam Aidilfitri Tuan/Puan,

Sidai-Sidai sedang menjalankan kempen komuniti bagi menaik taraf ampaian kediaman di kawasan perumahan di seluruh Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya. 

Kami sedang menghubungi semua persatuan penduduk yang berminat untuk menyertai 'Kempen Menaik Taraf Ampaian Rumah Anda' bagi menyokong Garis Panduan Penyidaian Kain yang telah diwartakan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Bersempena dengan kempen ini, Sidai-Sidai menawarkan harga istimewa dengan  perkhidmatan & pemasangan percuma bagi setiap pemilik rumah yang ingin menaik taraf ampaian baju dan imej kediaman meraka. Melalui kempen ini juga, 5% daripada hasil jualan akan disalurkan semula  kepada Pihak Persatuan Penduduk setempat atas kerjasama yang telah di hulurkan dan 5% lagi akan di salurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih dengan harapan sumbangan ini dapat membantu perkembangan persatuan dan rumah-rumah kebajikan yang terlibat.

Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai kempen ini sila hubungi kami di talian 011-1566 6478 / 011-1566 6479.

Sekian terima kasih.